Wednesday, July 24, 2013

BORANG PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA MTD 2014

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 4 MAKTAB TENTERA DIRAJA MTD SESI 2014 LELAKI LULUS CEMERLANG PMR 2013
Borang permohonan kemasukan Maktab Tentera Diraja MTD sesi 2014. Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar lelaki Tingkatan 3 pada tahun 2013 untuk kemasukan ke tingkatan 4 pada tahun 2014 di MTD. Permohonan kini dibuka kepada pelajar yang layak dan tarikh tutup pada 30 September 2013. Berikut adalah cara permohonan MTD sesi 2014.
Syarat Permohonan
Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013 dan menepati kriteria berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi Minimum- 152 sm.
  • Berat Minimum- 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (Tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah
  •  tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Terbuka kepada pelajar lelaki tingkatan tiga yang berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR Tahun 2013.
  • Keputusan cemerlang PMR 2013 dan aktif dalam bidang kokurikulum.
Borang Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2014
Untuk mendapatkan borang, sila layari klik Download Borang Maktab Tentera Diraja MTD 2014
Cara Buat Permohonan
1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan BAT B 115 di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
2. Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Pusat Pengurusan Maklumat
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR
3. Borang Permohonan BAT B 115 yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat lewatnya pada 30 Sep 2013. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Pemohon yang layak sahaja akan diipanggil menghadiri Temuduga.
5. Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 31 Disember 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...