Tuesday, December 20, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH.....


dividen dan bonus asb Dividen ASB 2011Assalamualaikum.....
Seramai 7.3 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011 berbanding 7.50 sen tahun lepas serta menerima bonus sebanyak 1.15 sen. Maka, jumlah keseluruhan Bonus dan Dividen adalah sebanyak 8.80 sen atau 8.80%. Boleh tahan lumayan tuh..Fuhhh!
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelabur ASB masing-masing mulai 3 Januari tahun 2012 depan.
Sehubungan itu, semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 21 Disember 2011 hingga 2 Januari 2012, untuk mempermudah pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB.
Mereka yang telah lama melabur dalam ASB ni sememangnya akan menantikan hujung tahun macam ni. Yelah, durian runtuh bakal menanti. Jika masih belum menyimpan dan melabur dalam ASB, boleh lah mulakannya. Mana tahu, anda pula yang akan merasa sepertimana pemegang-pemegang ASB yang lain yang dah jenuh merasa pulangan Dividen dan Bonus ASB saban tahun. Bak kata pepatah, ‘Sikit sikit, lama lama jadi bukit‘.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...