Saturday, July 20, 2013

ALAMAK BLEH CUTI AWAL PLAK...YAHOO...OOOO...BALIK KAMPUNG..

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sehingga tiga hari sempena Aidilfitri yang dijangka disambut 8 Ogos ini.

Bagi sekolah di negeri yang hujung minggunya Jumaat dan Sabtu boleh mula bercuti raya mulai Ahad, 4 Ogos, manakala sekolah di negeri yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad bermula Isnin, 5 Ogos. Berikutan itu, cuti sekolah sempena Aidilfitri dan pertengahan penggal kedua adalah bersamaan dua minggu, sehingga 17 atau 18 Ogos. 

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya dimaklumkan pegawai Kementerian Pendidikan mengenai cuti tambahan itu, tiga hari lalu.

Katanya, NUTP membuat permohonan bertulis kepada kementerian selepas menerima pandangan ibu bapa dan sekolah yang menyarankan supaya sekolah dibenarkan bercuti lebih awal.

“Bagaimanapun, sekolah perlu membuat permohonan untuk mengambil cuti berganti kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing dan hari persekolahan berganti diputuskan atas pertimbangan jabatan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Notis pemberitahuan 
Yim Pheng berkata, notis pemberitahuan mengenai cuti berganti yang ditandatanganinya dipaparkan dalam laman web NUTP bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa merancang cuti hari raya.

NUTP dalam surat kepada semua pengerusi dan setiausaha cawangannya, kelmarin, turut memaklumkan Kementerian Pendidikan tidak akan mengeluarkan surat pekeliling mengenainya.

Surat itu turut menyebut, semua sekolah diminta memohon kebenaran cuti sekolah berganti daripada JPN masing-masing berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 menurut Ruj.KP/PPM/7(13) bertarikh 9 Ogos 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...