Wednesday, August 28, 2013

APA SUDAH JADI?...DITAMPAR KERANA BERTUDUNG....

Ceritanya bgini… Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!” Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg… Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. “Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak….” Pangggggggggggggggg gggg….!

Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. “Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KENAPA ADA LUBANG KECIL PADA BISKUT?...

Pernah tak korang terfikir kenapa ada lubang-lubang kecil pada biskut yang korang makan. Paling obvious ialah pada biskut tawar. Almost semua biskut tawar akan mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Itu bukan hiasan atau suka-suka. Tapi ada fungsinya.. Nak tau? Baca kat bawah..





Pencarian hari ini menunjukkan bahawa biskut-biskut ini dibuat berlubang bukanlah kerana suka-suka. Namun ianya adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Kalau diikutkan, biskut ini akan mengeluarkan wap/ haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan membuatkan biskut kelihatan buruk. Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup.

Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalau banyak wap yang keluar. Kalau terlalu jauh, gelembung yang hodoh akan muncul. 

HATI HATI SEMASA GUNA JUMPER KERETA...


Malang terkadang mungkin tidak berbau.. mungkin kita tidak ada kepandaian didalam bab itu.. main redah aje. Sebenar banyak cara juga orang membuat jumping ini. Boleh sahaja anda google :) Jangan mengambil risiko jika kita tidak berapa pandai :) Sesetengah orang membuat jumping semasa kereta yang satu lagi masih hidup enjinnya terus jamping sahaja.


Di atas pengalaman saya sendiri pernah juga membuat jumping ini. Saya lebih memilih cara kedua-dua enjin kereta dimatikan. Selepas itu sila pastikan sambungan wayar adalah betul jangan tersalah. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. :) Dan baru kita hidupkan kereta yang baterinya 'kong' tadi. Lebih selamat sikit kut bagi kita yang tidak berapa mahir ini :) Dibawah ini kereta yang telah hangus di atas kesilapan membuat Jumper :( 
 
 
 
Langkah keselamatan Sila pastikan sambungan wayar adalah betul. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api, berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain. Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan hangus terbakar.

Moralnya berhati-hati jika anda membuat Jumping Start pada kereta anda. Jika tersilap melakukan Jump Start. Mungkin kereta anda akan mengalami nasib seperti diatas. Agaknya kalau tidak berapa pandai dan yakin panggilah mereka yang berpengalaman. :) Penting juga kita sentiasa membawa jumper ini. Manalah tahu ada ketika kita memerlukan benda ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Thursday, August 1, 2013

GAYAT OOOOOOOOO

Memang kagum. Sebab bukan calang-calang orang yang boleh melakukan kerja sebegini. Mereka merupakan pekerja yang tidak tahu perasaan takut dan di bawah ini adalah koleksi fotografi yang memaparkan kehandalan mereka.

Mari kita lihat bagaimana menara berkembar ini dibersihkan.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...